Aktiviti Surau
Program Utama

Solat Jumaat
Melaksanakan solat Jumaat bagi kaum Muslimin setiap minggu.

Kuliah Harian
Melaksanakan kuliah-kuliah agama setiap hari selepas Maghrib.

Ibadah Qurban & Aqiqah
Melaksanakan program Qurban & Aqiqah setiap tahun.
Daripada Uthman bin Affan RA, Baginda Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
Sebaik-baik kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya (ilmu al-Quran).
Al-Bukhari : 5027
Program Tambahan
Forum Hal Ehwal Islam
Melaksanakan program-program berkisar hal ehwal Islam dan ceramah berkaitan dengan skala yang besar.


Pengurusan Jenazah
Melaksanakan kelas atau bengkel pengurusan jenazah untuk mendedahkan masyarakat setempat tentang cara serta ilmu pengurusan jenazah yang betul.
Program Sambutan Hari Kebesaran Islam
Melaksanakan program dan majlis meraikan hari-hari kebesaran Islam peringkat penduduk dan komuniti sekitar.


Program Pengurusan Persekitaran Surau
Melaksanakan program atau gotong royong bagi menguruskan kawasan persekitaran surau secara berkala.