Jamuan Aidil Fitri

Kempen Terkini Surau

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya).

Dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

(Surah al-Baqarah: 261-262)

Kedatangan Aidil Fitri pada setiap tahun disambut dengan mesra dan kesyukuran. Berkat usaha daripada ahli Jawatankuasa serta sokongan para Jemaah dengan izinNya maka program jamuan aidilfitri dapat dianjurkan pada setiap tahun. Amalan rumah terbuka dan jamuan aidilfitri juga dapat merapatkan hubungan silatulrahim. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan jamuan aidilfitri merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuhkan hubungan silatulrahim.

Justeru itu , Jawatankuasa Tadbir Surau berbesar hati diatas jasa baik dan keprihatinan tuan puan untuk menyalurkan sumbangan dana kepada pihak jawatankuasa tadbir surau bagi merealisasikan matlamat program jamuan aidilfitri itu nanti. Semoga dengan sumbangan ikhlas dari pihak tuan dan puan akan melancarkan lagi program ini.

Saluran Infaq Anda

Klik untuk menyumbang

Jazakamullahu Khairan Kathiran

Kegunaan Infaq Jamuan Aidil Fitri

Bantuan menyambut hari raya kepada masyarakat setempat

Jamuan hari raya

Duit raya kepada anak-anak yatim

Hantar komen & cadangan anda terus kepada kami!