Program Iftar Ramadhan

Kempen Terkini Surau

Adalah Nabi Muhammad SAW seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi Muhammad SAW pada setiap malam pada bulan Ramadan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.

-Riwayat Al-Bukhari (3554)-

Ramadhan adalah bulan yang ALLAH janjikan kepada seluruh umatnya untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan ALLAH dan memohon agar ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala dari ALLAH serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan. Justeru itu, Jawatankuasa Tadbir Surau An Nur mengambil kesempatan untuk mengadakan program Iftar Ramadhan setiap tahun bagi mengimarahkan/menghidupkan Ramadhan al-mubarak.

Sehubungan itu Jawatankuasa Tadbir Surau ingin membuka tajaan berbuka puasa dan moreh kepada semua untuk bersama- sama berkongsi rezeki dan menyumbang sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga apa yang disumbangkan dan diinfaqkan dalam menaja jamuan berbuka puasa dan moreh di Surau An Nur akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah swt.

Saluran Infaq Anda

Klik untuk menyumbang

Jazakamullahu Khairan Kathiran

Kegunaan Infaq Iftar Ramadhan

Makanan untuk berbuka puasa

Penyelenggaraan Surau

h

Program sepanjang Ramadhan

Hantar komen & cadangan anda terus kepada kami!