Tentang Surau

Sejarah Surau

Surau An-Nur telah dibangunkan di No 2 Jalan 1/7E sejak tahun 1986. Bermula 24 April 1986, surau ini menjadi pusat ibadat bagi kaum muslim di sekitar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Gambar pertama memaparkan senibina dan keadaan surau ini di awal-awal penubuhan dan operasinya.

Seiring pertambahan pembangunan & penduduk di sekitar , surau ini tidak dapat menampung jemaah dengan keluasan solat yang minima. Pada 27 Jan 1994, Surau An-Nur mula mendapat bangunan baru seperti gambar kedua yang dipaparkan. Surau ini juga mula dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat untuk kaum muslimin pada waktu ini.

12 tahun kemudian, surau An-Nur telah mengutip dana untuk pembesaran bangunan surau untuk memberi lebih banyak manfaat pada penduduk Muslim setempat. Pada 1 Mac 2008 surau telah melaksanakan pembinaan tambahan bagi menambah ruang surau. Gambar ketiga memaparkan senibina dan keadaan surau ini setelah selesai pembinaan tersebut sehingga kini.

Fasiliti Surau

Dewan Serbaguna

Bilik Mesyuarat

Bilik Tetamu

Tempat Pengurusan Jenazah

Pantri

Rumah Sembelih

Objektif Penubuhan

Menyediakan Tempat Beribadat

Menjadi tempat beribadat bagi kaum muslimin dan muslimat sekitar Bangi mahupun para musafir untuk menunaikan solat.

Merapatkan Silaturrahim

Menjadi tempat bagi program-program kemasyarakatan dan berkumpul sesama Muslim lantas merapatkan silaturrahim.

Membeli Aset Untuk Awam

Menjadikan aset di surau sebagai kegunaan awam dan boleh digunakan untuk majlis-majlis agama.

Wadah Penduduk 1/7 dan 1/9

Menjadi wadah penduduk setempat berkumpul dan melaksanakan aktiviti kebajikan & kemasyarakatan.

Menyediakan Kawasan Beriadah/Sukan

Ke arah menyediakan satu kawasan untuk masayarakat Muslim setempat beriadah dan bersukan yang minimal.

Ahli Jawatankuasa

Hantar komen & cadangan anda terus kepada kami!